Perihal Syarikat

Syarikat Murni Maju Sdn. Bhd. (SSM No. : 133884-X) telah ditubuhkan pada Oktober 2020. Aktiviti Syarikat meliputi perniagaan Impot, Ekspot, Pengedaran, Pembeli, Penjual, Pengeluar, Pemborong dan Peruncit. Beroperasi di Kawasan Perusahaan Berkembar Taman Batik, Sungai Petani, Kedah. Tujuan penubuhan syarikat adalah untuk membekal dan mengedar produk makanan asas iaitu minyak masak jenama D'MURNI, gula, tepung dan beras; makanan sejuk beku; makanan segera; serta air mineral jenama TROPIKA.Pihak Pengurusan MURNI MAJU SDN. BHD. sentiasa memastikan semua produk keluaran syarikat menjadi pilihan ramai terutamanya penduduk di Negeri Kedah, kawasan Utara Semenanjung dan seterusnya seluruh Negara.


NAMA PRODUK & JENAMA

Produk syarikat MURNI MAJU SDN. BHD. merupakan produk makanan asas yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu produk keperluan asas seperti minyak masak, gula, tepung dan beras; makanan sejuk beku dan makanan segera; serta air mineral.